08 Disember 2011

Kawan-kawan semua, bahan ini sebagai satu bahan perkongsian..Terima kasih daripada yang empunya diri...

Menjaga Diri

Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog saya ini..Hari ini saya hendak kongsikan satu topik pengajaran yang berkaitan dengan kebersihan...


Fokus Utama : 1.2.4  Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku   
                                  suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
Fokus Sampingan : 2.2.1  Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata,
                                        diftong, vokal berganding. digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan betul.
Objektif  :  1. Murid akan dapat mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan.
                 2. Murid akan dapat menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
                      tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
Pengisian kurikulum : Ilmu - Sains ( anggota badan ), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral.
                                 Nilai - Menjaga Kebersihan anggota badan
                                 KBT - Kemahiran Berfikir-mengumpul dan mengelas
Sistem Bahasa  : Tatabahasa : Kata nama am, kosa kata
Media   : Lagu, gambar anggota badan, kad perkataan, lembaran kerja


Set Induksi :
~ Murid akan mendengar lagu 'Gosok Gigi ' yang dimainkan.
~ Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.


Langkah 1 :
~ Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid akan mendengar dengan teliti.
~ Contoh : tangan, dahi, mulut, jari, leher,hidung , badan, mata, perut
~ Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru secara individu, kumpulan 
    atau kelas.


Langkah 2 :
~ Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan.
~ Contoh : tangan, dahi, mulut, jari, leher, hidung, badan, mata,perut
~ Murid menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan 
   guru.
~ Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing.


langkah 3 :
~ Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan.
~ Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup 
    seterusnya memadankan dengan gambar yang diberi.
~ Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar menggunakan
    sebutan betul.


Langkah 4 :
~ Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang 
   disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan.
~ Seorang murid mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain akan 
   mengulanginya.
~ Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan 
   anggota badan dan bukan anggota badan.
~ Murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan pada 
   lembaran kerja yang diberi.


Langkah 5 :
~ Murid membaca dan memahami petikan beramai-ramai dengan bimbingan guru.
~ Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-gilir.
~ Murid bersoal jawab tentang maksud perkataan yang dihitamkan.
~ Murid menyebut semula makna perkataan yang dihitamkan.


Pentaksiran :
~ Murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.
~ Murid menulis perkataan yang disebut dengan ejaan yang betul.


Pemulihan :
~ Murid menyebut suku kata yang ditunjukkan.
~ Murid menggabungkan suku kata menjadi perkataan dan mengeja serta menyebut perkataan itu.


Pengayaan :
~ Murid mengeja dan menyebut perkataan yang ditunjukkan.
~ Murid memadankan perkataan untuk membentuk frasa yang bermakna.
~ Murid menyebut frasa yang telah dibina


Demikianlah satu rancangan pengajaran untuk subjek BAHASA MALAYSIA TAHUN 1..Kawan-kawan boleh mengikut contoh rancangan pengajaran ini. Saya berharap agar rancangan pengajaran ini boleh membantu anda. Lagu ada disediakan dalam blog ini juga serta gambar anggota badan. Bahan pengajaran seterusnya akan diupload kemudian...Selamat Mencuba ......



05 November 2011

MUHANA UNDAN
D20102045408
820102125300
PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

15 Oktober 2011

Permulaan....

Hello kawan-kawan semua..


Saya mengucapkan selamat bertemu di ruangan blog ini..sudilah kiranya kawan-kawan semua memberi komen di dalam blog ini..tambahan pula ini baru dikatakan belajar untuk membina blog..maklumlah, selama ini tidak pernah mencuba untuk membinanya.. terima kasih kepada pihak PPG- UPSI kerana memberi peluang untuk mempelajari bidang baru ini...